Ahad, 11 Disember 2011

Kisah Katak

  
Hari ni nak citer pasal katak ni...

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yg separuh siap.
Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat x melompat dengan berhati-hati.Katak2 lain melihat ke dalam perigi tersebut dan ternyata perigi tersebut amat dalam.Pantas mereka berbicara di dalam hati dan menundukkan muka,sudah tiada harapan lagi."Kamu tawakal saja la.Mungkin ini nasib kamu!"jerit seekor katak dari atas kepada dua ekor katak itu."Kami pun tidak tahu macam mana ingin membantu kamu naik ke atas"jerit katak itu lagi."Itulah kamu,kenapa cuai sangat.Ini padahnya tidak berhati-hati.Kalau kamu betul-betul semasa melompat takkan berlaku tragedi ini."tambah katak itu lagi.Namun kedua-dua katak itu tidak menghiraukan kata-kata itu dan berusaha sedaya upaya untuk naik ke atas dengan melompat.Malangnya,masih gagal.Dari atas kedengaran suara yang hanya membunuh harapan mereka.Setelah agak lama mencuba ,salah seekor katak berputus asa.Badannya sakit-sakit dan lenguh -lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti.Tenaga nya juga semakin lemah.Dia hanya mampu bersandar di dinding perigi.Ditambah pula semangat lupuh dek akibat kata-kata yang tidak memberangsankan dari atas.Tidak berapa lama kemudian ,dia pun mati.Mati katak.Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.Melihat rakannya telah mati,katak yang seekor lagi meneruskan usahanya untuk melompat naik ke atas."Kamu tak nampak kawan kamu dah mati?Kamu pun akan menyusul sama!".."Simpan sahaja tenaga kamu.Membazir je kamu melompat-lompat.."Buat kali terakhir ,kamu ingin makan apa?Kami akan bawakan" 
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas.Namun katak itu tidak mempedulikannya.Dia terus melompat.Akhirnya seperti ada semangat baru,katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.
Takjub melihat apa yang berlaku,seekor katak menemuramahnya:"Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu akan mati seperti kawan kamu?"
"Sebenarnya telinga saya kurang dengar.Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya  untuk terus berusaha melompat.Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu,seolah-olah mamberi semangat kepada saya.Sebab itu saya terus berusaha,tidak mahu mengecewakan kamu semua."


 Pengajaran:You're what you think.Kadangkala,tersalah sangka juga ada manfaatnya.terutamanya apabila kita manyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita,lalu kita mendapat manfaat daripadanya.

Sumber:Solusi Isu No.36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan