Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN










Kiroro - Mirai E

Dadali- Di saat aku mencintaimu

Surah Yasin(full)-shaikh Mishary Rashid Al Afasy

002 Sura al-Baqarah - Mishary al-Afasy

HEHEHEHEHE~

      Kucing pon pandai  bersalam-salaman.....KITA?

Baby Praying

                             cutenyerrr








          comfirm nanti dewasa jadi cm ni

Doa Pada Malam Lailatul-Qadr

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr [1] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [3] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) [4] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing [5]"  -Surah al-Qadr    

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3} تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5}


Malam al-Qadr merupakan satu malam yang sangat didambakan oleh seluruh umat Islam yang merindui-Nya. Hal ini kerana Malam al-Qadr atau Lailatulqadr ini dijanjikan oleh Allah s.w.t sebagai satu malam yang paling mulia dan lebih baik daripada seribu bulan.
Namun, adakah kita sebenarnya tahu apakah antara hikmah di sebalik Malam Kemuliaan ini? Atau, kita sekadar mendengar di tv, di ceramah-ceramah agama sahaja tanpa mendalami sebenar-benarnya erti dan hikmah Lailatulqadr ini?             


Secara umumnya Lailatulqadr adalah antara kemuncak segala amalan yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan. Di sebalik kenyataan ini, kita harus memahami bahawa  amalan yang menjadi keutamaan dalam bulan Ramadhan adalah berkait rapat dengan amalan yang disarankan pada Malam al-Qadr ini.
Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"
Rasulullah S.A.W lantas berdoa dengan satu doa:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai memberi keampunan, maka ampunilah daku!"                                                                                                                                                                                                         
Saranan doa Rasullullah S.A.W kepada Saidatina Aisyah ini menandakan bahawa kita digalakkan untuk memohon kemaafan kepada Allah S.W.T apabila diberi peluang bertemu dengan Lailatulqadr.
Hal ini dapat merumuskan bahawa kemuncak amalan dalam bulan Ramadhan ini ialah apabila setiap amalan kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapat keampunan Allah S.W.T? Inilah jawapannya melalui sabda Rasulullah S.A.W:-

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Sekian saja perkongsian untuk kali ini, semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa. Amin!Wallahu'alam...








AYAT KURSI

Pengertiannya:~

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Tuhan Yang Maha Penyayang.
Dialah Tuhan, tiada tuhan yang sebenar melainkan dialah yang hidup kekal berdiri dengan sendirinya
Tidak dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur.
Tuhan yang mempunyai segala apa yang di langit dan apa yang di bumi.
Tiada seorang pun yang sanggup memberi syafaat di sisinya kecuali dengan izinnya.
Tuhan mengetahui apa yang ada di sisi mereka, di hadapan dan yang di belakang.
Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmunya melainkan sekadar mana yang Tuhan kehendaki.
Amat luas kursi Tuhan sepenuh langit dan bumi.
Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agong.

Khamis, 25 Ogos 2011

Bake A Cake With Chef Hamidah

Hari ni first time aku & sepupuku buat kek coklat ngan mak sedara aku....best....tadi hampir2 aku nk termakan coklat...nasib baik aku x makan....sebab ni kan bulan puasa.....akhirnya...kek tu dah siap.....best...

Sabtu, 20 Ogos 2011

10 Pantun Sempena Sambut Puasa

Selamat berpuasa semua!!
Assalamualaikum...

Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

Salam semua....